SELAMAT DATANG KE D'PINANG HOMESTAY, KLEBANG MELAKA: 2014

23 Disember 2014

Sofa merah L-shape menarik minat en.suami

Program hujung minggu yang agak padat, bukan nya padat terisi, tapi padat sebab tunggu orang hantar perabut last minit cancel sebab pekerja cuti. Ada ke patut punya la kelam kabut nak kejar kan masa lagi setengah jam baru nak call cakap cancel. Asal la tak bagitau siang-siangkan. Haaa.. sudah.. kalau nak membebel dak hanie memang tak jadi apa lah entry aku ni. Hihihi

Tapi alhamdulillah hari ahad dapat jugak loading barang. Dan yang paling syok sekali tengok sofa merah bentuk L-shape pilihan suami saya. Memang en.suami jatuh cinta pandang pertama dengan sofa L-shape ni masa kat kedai. Akhirnya termakbul hajat untuk memilikinya.. syukur Ya Allah dengan limpahan rezeki yang kau berikan kepada kami sekeluarga.

Pasni siapa yang sewa mahligai kami ni jaga elok2 tau. Kami pilih barang yang terbaik untuk rumah kami biar yang sewa rasa selesa. Tilam siap ada warenty 5 taun. Ye ke idak tak tau la. Tapi pasti kene simpan resit.

Dan langsir merah juga pilihan en.suami, senang kata memang en.suami suka warna merah la. Hihihi.. ikot kan aje la, tak kuasa nak duduk lama-lama kat kedai langsir tu. Langsir bilik tu berukuran 14 kaki... panjang gilosss kan.

Setakat ni sahaja update untuk kali ni. Dpinanghomestay ni belum boleh sewa lagi ye. Kami akan buka masa cuti raya cina nanti. InsyaAllah. Sekian. Wasalam.




Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

03 Disember 2014

Lampu chandelier menaikkan seri ruang tamu

Ahamdulillah siap jugak akhirnya kerja-kerja menwiring rumah yang dilakukan sendiri oleh en.suami.

Mula-mula angan-angan nak pasang chandelier ni tapi alhamdulillah ada rezeki lebih jadi kenyataan pula. Terima kasih en.suami sebab tunaikan hajat isterimu ini. Memang lama mengidam nak pasang lampu kristal juntai-juntai ni, ruang tamu nampak lebih berseri dan menimbulkan suasana romantik tau. Tapi yang tak menahannya satu mentol lampu chandelier ni 25 watt, so kira lah kalau ada 6 mentol.. pehhhh... dasyat tak dasyat hakak oiii... lampu downlight LED yang terang benderang tu satu baru lah 12 watt.. tapi tak kisah lah, janji cantik. Bukannya nak buka lampu chandelier tu hari-hari kan. Menyedapkan hati.. hehehe..

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

24 November 2014

Kerja buat wiring dan masuk barang oleh suamiku tercinta

Ada sedikit kemajuan setelah tergendala oleh kerana grill, kini dalam proses masukan barang-barang yang dah ada ke dalam rumah dan kerja-kerja wiring yang dibuat sendiri oleh suamiku termasuk memasang downlight. Pehh.. patutlah upah pasang downlight ni mahal, punya lah leceh kejaan nya oiiii.. tebuk punya tebuk ada besi pula.. memang agak rumit juga buat wiring ni ye.. Oleh sebab suamiku yang tercinta ini nak buat sendiri maka dengan paksa rela nya saya menjadi pembantu yang setia.

Memang allah tentukan saya bukan dalam bidang yang keras", kasar,hardcore agaknya.. sebab satu hari menolong suamiku tercinta, keesokkan harinya saya sakit2 badan, sakit kaki... Buat kerja dari pagi sampai pukul 11 malam.. Memang penat giler.
Keesokkan harinya panggil adik ipar turun dari seremban untuk tolong suamiku tercinta.. Saya surrender la..

Sekian sahaja setakat ini.. dah siap nanti kita sambung cerita.



Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

06 November 2014

Grill rumah siap sepenuhnya

Alhamdulillah, grill rumah dah siap sepenuhnya. Macam dah takda cerita lain pula, asyik pasal grill je. Hahahaha.. Ok lah, atas permintaan ramai (cewah, macam poyo lak) saya mengupload gambar grill rumah saya yang cantik ni, cewah. Kalau ada yang nak tiru, dipersilakan, saya pun google design grill ni kat internet juga.

Kalau yang tercari-cari tukang grill di Melaka ni ataupun berminat untuk tempah grill dengan Abg Grill rumah saya ni, boleh email saya di emy_2912@yahoo.com.my ataupun tinggalkan jejak anda pada ruangan komen, saya akan menjejaki anda dan memberikan kontek number Abg Grill ini. 

Sekian sahaja untuk harini ini. Wasalam




Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

04 November 2014

Grill bentuk 's'

Harini cerita pasal grill lagi. Alhamdulillah siap juga akhirnya. inilah dia grill rumah saya bentuk 's'. Tapi masih ada yang tak puas hati, blablabla, esok abg grill akan datang untuk repair sikit yang mana tak elok nya tu. Nasib la hai abg grill dapat owner yang cerewet ni. Bukan apa, saya nak hasil yang kemas, taknak lompong sana sini, dari jauh memang ok & cantik, tapi bila dekat, memang nampak lompong-lompong di tempat pateri yang tidak kemas. 


Walau apa pun, syukur sangat sebab dapat abg grill yang sabar, baik hati sebab kiteorang dah bayar habis pun bila complain masih juga sudi datang dan repair. Ada sesetangah orang memang tak dilayan nya kan. 

Pakej siap pasang rail langsir sekali. huhuhu memang bagus. Lepas dah repair saya akan update lebih banyak gambar grill ye, barulah nampak comel. hihihi


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

09 Oktober 2014

Grill rumah Pinang Impian

Pembinaan grill rumah saya dalam 50% siap. Yang dah siap tu pun yang tiada design, cuma kotak-kotak biasa, yang ada design/bentuk belum siap lagi. Saya telah terbekenan dan memilih design grill rumah yang berbentuk 'S' ini. Seperti 'S' di pintu slidding ini(gambar dibawah). Cantik kan, rupa seperti pasu pun ada. 


Al-kisah semasa pembikinan grill ini, ada sedikit masalah dimana tingkap di bilik utama terlalu besar, dan sekiranya buat satu frame memang tak boleh masuk melalui pintu rumah. Oleh sebab itu, tukang buat grill telah buat dua frame dah hasilnya gambar dibawah ini. MasyaAllah seperti ular kene palu, banyak nya 'S'. Saya memang tak bekenan langsung, rejek!!!! Tapi memang saya dan abg grill tu pening nak buat macam mana, bincang punya bincang disertai juga dengan En. Suami akhirnya abg grill setuju dengan cara saya. 


Gambar dibawah ini pula tingkap di ruang tamu, alhamdulillah senonoh sikit kan, nampak lah bentuk 'S'. Grill untuk pintu pun tak ada masalah. ok jer. 


Ikutkan perjanjian sebulan setelah serah duit deposit grill akan siap dipasang (harini), tapi sekarang hanya 50% siap. Tak kisah lah asalkan grill saya siap cantik dan berkualiti sebab rumah ni pun bukan nak duduk. Tapi apapun masih kene pantau untuk mengelakkan sebarang kelewatan yang keterlaluan.

Nantikan entry saya seterusnya mengenai grill rumah saya ini ye, saya bayangkan ianya sangat cantik, cewah... sekian, wasalam.

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

29 September 2014

Melawat kawan di Zoo Melaka

Kawan ker, pandai-pandai je lah mama ni.hihihi... Ini lah kali pertama Abg Haq dan Ilman melawat Zoo Melaka. Boring-boring duduk rumah, kita excersice 1000 langkah berjalan di dalam Zoo Melaka serius penat, kaki lenguh giler. 

Sedikit info, bayaran masuk Zoo Melaka
Dewasa RM16.50 
Kanak-kanak 4-12 tahun RM6.50

My Hero, Abg Haq

My Mom & Ilman syg
Errrr... takut beruk

Ternyata Abg Haq cukup seronok dapat tengok binatang ni secara nyata, selalu tengok kat henset mama je, jadi tak rugi lah bawa Abg Haq kat sini, cuma ilman je yang terpinga-pinga. 

Bagi saya pula, kemerihan Zoo Melaka dah tak serupa masa saya kecil-kecil dulu, Zoo Melaka dulu banyak bintang, bersih, kolam-kolam banyak ikan, sekarang lebih banyak daun dari ikan, hahaha. Dulu ada aktiviti kita boleh naik gajah, sekarang gajah hanya diri dengan kawan-kawan dia je, dulu kita boleh lihat pekerja memegang burung tapi sekarang dah xde lagi, hanya ada ular belit kat leher je. Bukan nak kondem Zoo Melaka ok, sekadar pendapat saya yang dah hampir 10 tahun tak jejak kaki di Zoo Melaka je.

Mungkinkah disebabkan usia yang dah tua ni (eh, tua ker) kemerian dan keseronokan berada di Zoo tidak seperti dulu. Tapi bersyukur juga ada Zoo Melaka ni, sekurang-kurang nya ada juga tempat untuk Abg Haq mengenal haiwan. Kalau asyik tengok buku anak-anak cepat bosan.

Kalau yang berminat nak datang malam kat Zoo Melaka ada Night Safari.

Semoga ada penambahbaikkan dilakukan di Zoo Melaka supaya generasi akan datang dapat melihat haiwan-haiwan yang semakin pupus, supaya anak-anak kita dapat belajar sesuatu dari pengalaman melihat haiwan ini.

Lokasi Zoo Melaka ini adalah Di Ayer Keroh, Melaka. Berdekatan dengan tol exit Ayer Keroh, Bandaraya Melaka. Tempat menarik yang berhampiran dengan Zoo Melaka adalah Taman Buaya, Taman Rama-Rama dan Mini Malaysia.

Tak rugi tau datang Melaka ni.
Sekian sahaja, wasalam.

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

25 Ogos 2014

Terima kunci rumah baru

Inilah rumah pertama kami.
No. 23, Taman Pinang Impian, Melaka
Keluasan 22x70 
Harga : RM175,000.00
Tarikh terima kunci : 16 Ogos 2014


Rumah ini bakal di siapkan untuk dibuat homestay, jadi sesiapa yang nak datang Melaka dialu-alukan untuk menyewa di mahligai kami ini. Insyaallah keselesaan anda dijamin.hihihi...

Dimanakah terletaknya dpinanghomestay ini ye?

Sini saya copykan peta dari en.google map. 

Sila klik 2 kali untuk gambar lebih besar

Jalan Klebang Besar
Berada di jalan persekutuan (FT005)
Berhampiran dengan Balai Polis Batang Tiga, Giant Superstore Klebang, Cendol Bakar, Klebang Beach Resort, Palms Condo Villa dan sebagainya.


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

Pengenalan

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya terbinalah satu lagi blog untuk saya menulis dan mempromosikan homestay saya yang bakal di buka pada 2015. Insyaallah. Kini kami masih dalam proses menyiapkan rumah tersebut. Baru minggu lepas dapat kunci, maka banyak lah kerja yang harus di selesaikan.

Jangan pelik ye dengan nama ini sebab saya dah kehabisan ideal untuk mencari nama yang sesuai. Dengan keadaan yang stress dan pening-pening lalat, oleh itu, layankan aja nama ini ye. 

Sekian sahaja coretan pada hari ini. bye bye


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

D'Pinang Homestay Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign