SELAMAT DATANG KE D'PINANG HOMESTAY, KLEBANG MELAKA: 2015

17 Disember 2015

Warna Yang Sesuai Dengan Sofa Merah

Assalammualaikum dan selamat pagi

Tajuk dah melambangkan isi kandungan keseluruhan entry kali ini. Sekarang ni saya kebingunagn untuk mengecat warna yang sesuai untuk ruang tamu D'pinang Homestay bagi me'matching'kan dengan warna sofa L shape kami tu.

Setelah mengoogle kebanyakkannya padanan adalah dengan warna-warna soft seperti cream, pink, biru laut, putih, kuning cair, kelabu cair senang kata yang cair-cair belaka. Mungkin sebab warna merah tu dah menyerlah so kena padankan dengan cat yang lembut supaya tak sakit mata memandang kot. Ada logiknya juga. 

Ruang Tamu D'pinang Homestay
Suami ada cadangan untuk mengecat separuh je, separuh lagi biarkan warna asal. Pada pendapat saya pula macam tak kene je kan. Alang-alang nak cat biarlah semua sekali. Tapi kata nya "jimat sikit yang".. ALAMAK, kalau nak jimat memang betul pun. Cat pun dah mahal. Tapi apa kata kita kumpul dulu duit kemudian cat keseluruhan ruang tamu. itu lagi efisyen. Nak buat keje ni jangan kelam-kabut. Banyakkan bersabau. hehehehe

Jom layan gambar dari en.google





Saya sebenarnya amat tertarik dengan cat dinding yang warna kelabu tu tapi frame kat rumah tu dah warna hitam jadi memang tak sesuai lah. Apa-apa pun kene tunggu keputusan en.suami. I follow je. 



Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

16 Disember 2015

Kenapa D'pinang Homestay Tidak Sediakan Penghawa Dingin?

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Ahakkk.... Tajuk ini adalah merupakan satu persoalan yang banyak kali kami bincangkan. Serius cakap, memang banyak kali kami bincang, fikir, bincang. Selalunya ianya akan berakhir dengan keputusan menyerah kalah kepada bil dan penyelenggaraan. 

Kronologinya begini (cewah): Apabila kami memasang penghawa dingin a.k.a ekon maka bil elektrik kami akan naik. Oleh sebab nak cover bil elektrik terpaksalah sewa homestay dinaikkan juga. Itulah yang ingin kami elakkan. Seboleh-bolehnya kami ingin kekalkan kadar sewa RM180/200 PER NIGHT. 

Ala setakat 2, 3 malam berapa sen sangat bil elektrik tu? 
Ada yang kata begitu tapi cuba banyangkan kalau setakat 2, 3 malam kami pun tak heran. Tapi kami pernah terima untuk sewa 2 bulan. Kalau nak ikutkan kadar yang kami tetapkan adalah 3k/month. Jadi kalau dua bulan sepatutnya 6k, betul tak? Sekiranya rumah tersebut ada ekon kami memang akan gunakan harga tetap dan tak boleh nego disebabkan kami perlu menanggung bil air/ elektrik dan penyelenggaraan. TETAPI tanpa ekon dan dengan perbincangan yang baik antara tuan rumah dan penyewa, kami boleh bagi diskaun hampir 1k sebab kami tahu bil-bil yang kami perlu tanggung kurang dari 3 ratus sahaja.

D'pinang Homestay menyediakan kipas high speed di setiap ruang yang kesemuanya 6 buah. 

Kami bukan sahaja menyasarkan kepada mereka yang ingin bercuti-cuti malaysia sahaja tapi target kami juga kepada mereka yang bekerja secara berkala di Melaka. Oleh itu, bagi mereka yang ingin menginap dengan harga homestay yang murah, bolehlah hubungi kami. InsyaAllah murah, bersih dan selesa seperti anda berada di rumah sendiri. 

Di Taman Pinang Impian dimana letaknya D'pinang Homestay terdapat lebih 10 buah rumah homestay. Ada yang tak da ekon, ada yang menawarkan sebijik ekon, ada 2 dan seterusnya. Jadi boleh juga hubungi saya untuk mendapatkan rumah-rumah homestay yang lain disekitar rumah kami kerana kami ada group wasap owner homestay yang membolehkan kami berinteraksi antara satu sama lain. 

Sebenarnya terdetik juga nak letak sebiji ekon di ruang tamu D'pinang Homestay tanpa menaikkan kadar harga tetapi masih lagi diperingkat kajian. InsyaAllah suatu hari nanti. 

Penceritaan di atas adalah pendapat peribadi penulis sahaja dan dilarang/diharamkan copy paste artikal ini. 


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

15 Disember 2015

Mimpi Ngeri Di sebuah Homestay

Bismillahirahmanirahim

Al-kisah kami menyewa sebuah homestay untuk menghadiri kenduri kawin saudara yang terdekat. Dari luar kelihatan biasa-biasa sahaja, tak da lah memperlekehkan homestay tersebut sebab ianya terletak jauh diperdalaman. 

Apabila melangkah masuk ke ruang tamu, rasa sejuk je, ruang tamu mempunyai penghawa dingin, mengalahkan d'pinang homestay pula. Tiada deko yang menarik, semuanya biasa je malah ianya nampak kosong. Mungkin kerana ruang tamu yang tersangatlah luas lebih kurang 20'x15'. Terdapat 3 bilik disediakan kesemuanya mempunyai katil kelamin. Pada pemerhatian saya, homestay ini sangat lah sederhana kemudahan yang disediakan. 

Merasakan berbaloi homestay ini disewa oleh kerana saiznya yang agak besar yang memuatkan 3 hingga 4 keluarga dan harganya agak mudah. Kami semua membawa toto dan selimut sendiri. Kesemua bilik dilengkapi kipas yang high speednya macam nak tak nak je. Terasa sadis di situ. 

Dari segi kelengkapan dapur agak memilukan kerana hanya boiler sahaja disediakan, pinggan mangkuk tak selera untuk digunakan. Al-kisah waktu malam nak mandi, waduhhhh... bahagian yang menempatkan dapur dan bilik air takda lampu, aisyyy macam mana nak buat ni. Terpaksa saya menumpang mandi di bilik master. 


Apabila nak menumpang mandi di bilik air master badroom terpaksa orang dibilik tersebut keluar sebab pintu bilik air takda kunci. MasyaAllah terasa serik tau menyewa disitu. Pada waktu malam pula kami terpaksa membuka pintu bilik supaya sejuk aircond  diruang tamu masuk ke dalam bilik. 

Pabila tengah malam, terasa dingin sampai ke tulang rusuk, sampai nak terkucil dibuatnya. Nak tak nak kejutkan adik untuk teman ke tandas yang gelap itu. Dengan menggunakan cahaya handfon kami ke tandas tersebut. Ya Allah punya lah tinggi busut di dalam tandas tersebut yang melekat dekat dinding, menakutkan sungguh. Macam mana lah tergamak penyewa memberikan kami sewa homestay dengan keadaan yang macam ni. Dengan penuh keterpaksaan terpaksa juga saya mengucilkan diri di depan pintu tandas sahaja. Tak sanggup untuk melangkah masuk ke dalam. huhuhu.. 

Saya rasa ianya satu mimpi ngeri yang pernah saya lalui semasa menginap Homestay. Serik rasanya menyewa disitu. Sekembalinya saya ke rumah, saya pun bermonolog sendiri " aku akan pastikan homestay aku bersih dan kemas supaya orang berasa selesa". 

Begitulah hikmah disebalik apa yang terjadi. InsyaAllah tak akan terjadi kepada mereka yang menginap di D'pinang Homestay. Kami akan pastikan anda selesa seperti berada di rumah sendiri. Kecuali tahap kepanasan anda. hehehe sebab homestay kami takda aircond. Kenapa kami tidak memasang aircond di D'pinang Homestay???? jawapannya akan menyusul di entry seterusnya.

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penceritaan di dalam blog ini tidak diizinkan dicopy paste kerana ianya ditulis sebagai pedoman kita bersama sahaja. Sekian, wasalam. 



Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

14 Disember 2015

Permintaan tinggi untuk homestay di Klebang, Melaka

Assalammualaikum dan selamat pagi

Tajuk nak gempak kan, Ramai sangat ke yang cari homestay ni. kuang kuang kuang... Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberi rezeki. Sejujurnya memang ramai yang tercari-cari homestay kat kawasan Klebang ni. Kalau diizinkan Allah dan cukup bajet, nak je dengan segera saya tambah satu rumah lagi buat homestay. Memang masyuk la.hehehe... 

Jadi sesiapa yang ada rumah ke ada tanah ke kat kawasan Klebang atau Tanjung Keling ni buat lah homestay, saya pasti dan jamin, InsyaAllah, ianya berbaloi dengan syarat ianya diselenggara dengan baik. 




Saya sebenarnya ada satu kisah buruk mengenai homestay yang disewa. Ianya ibarat mimpi ngeri. Hamboiii, dasyat tak? siap dalam hati berkata "Tak hingin aku menyewa homestay ni" huahuahua. Nak cerita ni pun masih lagi terbayang-banyang walaupun telah lama berlalu. Sebenarnya apa yang saya lalui tu ada hikmah disebaliknya. Nak tau hikmah disebalik mimpi ngeri tu, Nantikan story mory saya di entry selanjutnya. Tajuk bakal entry itu MIMPI NGERI DI SEBUAH HOMESTAY. 

oK LAH, sekian sahaja entry kali ni. Terima kasih kerana mengikutinya. adiossss. Wasalam.


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

08 Disember 2015

Tempahan Terkini di D'pinang Homestay Melaka

Assalammualaikum dan selamat pagi

Cantik tak blog saya yang berwajah baru ni, ditempah dari blog maisarahsidi.com bertemakan warna hijau dan kuning. Saya ambil pakej 4 yang berharga RM75.00 sahaja. Sangat berpuashati, almaklum lah nak buat sendiri tak reti, so kita serah pada yang pakar je.

Harini saya nak update mengenai tempahan D'pinang Homestay Klebang Melaka. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberikan rezeki ini. Tempahan setakat ini sehingga 27 Disember 2015 penuh. Saya tengok pada musim cuti sekolah ni permintaan melebihi penawaran, banyak yang nak booking homestay. Banyak call dan whatsapp yang saya dapat, tak kurang juga suami yang dapat banyak pertanyaan. 

Muzium Mainan, Bukit Baru Melaka
Muzium Mainan Bukit Baru Melaka
Muzium Mainan Bukit Baru Melaka
Muzium Mainan Bukit Baru Melaka

Terima kasih banyak-banyak pada yang bertanya. Kepada yang mencari homestay, sekiranya D'pinang Homestay telah penuh, kami akan masukkan dalam group Owner TPI (Taman Pinang Impian) Jadi sesiapa yang homestay nya masih kosong boleh lah owner tersebut direct call guest tersebut. Begitulah sebaliknya. 

Saya bersyukur sangat sebab kami semua Owner TPI bersatu hati bekerjasama, tidak lokek dan saling membantu antara satu sama lain. 

Sekian sahaja coretan untuk kali ini. Moga kita bertemu di lain entry. Semoga saya diberi kelapangan masa untuk update blog ni. hehehe.. wasalam





Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

13 Oktober 2015

Tarikh tempahan setakat 13 Okt 2015

Assalammualaikum dan selamat pagi

Dah lama rasanya tak kongsi apa-apa kat blog ni kan. Cewah, macam ada orang yang baca kan. Apa-apa pun nak kongsi juga supaya memudahkan pada regular customer yang nak tahu perkembangan kami di D'pinang Homestay ini.

Untuk makluman D'pinang Homestay Melaka ini telah ditempah pada tarikh 17 October 2015 (1 malam) dan juga pada tarikh 12 November sehingga 8 Disember 2015 (25 malam). Selama 25 malam tersebut ditempah oleh mereka-mereka yang bekerja Petronas di Sungai Udang sebab Petronas ada shutdown. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki Allah beri.


Bagi tarikh-tarikh yang lain, setakat ini masih kosong lagi. Jadi bagi yang ingin menempah atau nak riki2 atau nak tanya apa sahaja mengenai D'pinang Homestay ini, bolehlah hubungi talian hotline kami iaitu 019-6609951(SMS/Call/PM/WA). InsyaAllah kami akan membantu.


Nantikan entry yang selanjutnya. InsyaAllah sekiranya ada kelapangan saya akan update lagi blog ini. Saya sebenarnya nak masukkan kalender google di dalam blog ini, tapi masalah nya tak reti nak buat, puas belajar dari google pun tak reti-reti juga. tapi saya akan usahakan supaya memudahkan para pengunjung melihat tarikh-tarikh yang telah di booking.

Terima kasih kerana melayari blog ini dan membacanya. Sampai jumpa lagi di entry seterusnya. Wasalam.
Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

31 Ogos 2015

Tempahan penuh sehingga 2 Sept 2015!!!

Alhamdulillah sejak jumaat hingga hari rabu 2 hb September dpinanghomestay sentiasa penuh. Ada yang check in saru malam dan ada 2 malam. Syukur sangat-sangat dengan rezeki ni. Ada saja yang call tanya homestay. Apa yang boleh kami bantu sekiranya dpinanghomestay penuh kami akan bagi no. Telefon owner homestay di kawasan sini. Alhamdulillah dapat tolong kawan2 juga.

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

05 Ogos 2015

Belon Besar, Aktiviti Anak-Anak Di Pantai Klebang

Bagi mereka yang terpikir-pikir nak bawa anak ke mana, nak pilih destinasi untuk mengisi masa lampang bersama anak-anak. Saya ada satu cadangan, apa kata anda bawa anak-anak bermain belon besar sebagai aktiviti anak-anak di kawasan Pantai Klebang, Melaka.


Anak saya cukup suka datang sini dan pastikan membawa bekal air minuman sebab anak-anak kita akan berpeluh-peluh kepenatan bermain dan kehausan. Mereka akan bermain tanpa henti, sampai habis tenaga, keesokkan mengadu sakit kaki. hehehehe. itu anak saya lah.


Bayaran masuk adalah RM10 satu kepala dan mainlah tanpa limit masa. Nak masuk petang keluar malam pun takpa Kanak-kanak umur bawah 2 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran. .

Banyak lagi aktiviti yang anak-anak boleh lakukan di Pantai Klebang contohnya main layang-layang atau wau, main go-kart, naik kuda, main playground, mandi laut dan sebagainya.


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

31 Julai 2015

Berkat Roti John Pantai Puteri, Melaka

Assalammualaikum dan salam jumaat.

Harini saya nak kongsi kedai kegemaran roti john ayah saya iaitu terletak di sekitar kawasan Pantai Puteri, Melaka. Kedainya berada di tepi jalan dan mudah nak cari. Alhamdulillah satu hari di bulan puasa haritu, kami sekeluarga berkesempatan pergi ke Berkat Roti John ni dan ternyata memang sedap. Siap ada kuah cicah sekali. Ayah saya kata kedai ni memang dah lama cuma saya je yang tak tahu.hehehe



Kalau dari D'pinang Homestay Melaka lebih kurang 4 km iaitu 6 minit sahaja. Kat sekitar situ memang banyak kedai makan cuma sedap ke tak tu kene lah cuba ye. 

Inilah lokasinya. Mudahkan. Kalau payah sangat taip je kat google map Berkat Roti John. 

Klik untuk gambar lebih jelas

Setakat ini sahaja. Lain kali saya akan update tempat makan menarik kat sekitar D'pinang Homestay ini lagi ye dan semestinya di Melaka. Melaka maju negeriku sayang, cewahhh...

Sekiranya berminat untuk menginap di D'pinang Homestay jangan malu jangan segan, marilah hubungi saya atau suami di no. 019-6609951 atau 012-7454751.. Sekian wasalam. 


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

29 Julai 2015

Majlis Solidariti Aidilfitri Di Dataran 1 Malaysia, Klebang Melaka

Marilah kawan-kawan kita datang ke Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka untuk makan FREE sambil beramah mesra dan mengeratkan silaturahim sesama kita. 

Kaku tangan nak menaip akibat pengunguman rombakkan menteri kabinet tadi. Tapi program ni harus diwar-warkan dan dilangsungkan ekoran persediaan di tapak dataran 1 Malaysia telah pun bermula. 

Alhamdulillah syukur kerana D'pinang Homestay Melaka telah di tempah selama 5 hari bermula 28 Julai hingga 2 Ogos 2015 oleh mereka yang berusaha menjayakan program tersebut. 

Dijangka seramai 50,000 orang yang akan hadir bagi memeriahkan program ini. Pehhh.. satu kepala rm14 kali lah dengan 50 ribu manusia. Alhamdulillah pada yang dapat katering tersebut, sila masak sedap-sedap ye.. 

Sekian sahaja lintas langsung dari Dataran 1 Malaysia, Klebang.


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

28 Julai 2015

Homestay bersih, kemas dan tersusun rapi di Melaka

Amboi amboi, tajuk tak menahan yek. Alhamdulillah setakat ini itulah target kami untuk menyediakan homestay yang bersih, kemas dan tersusun rapi bagi keselesaan pengunjung yang menginap disini. Saya sentiasa berharap pengunjung akan berpuas hati dengan keadaan dirumah ini dan berasa seperti berada dirumah sendiri. 


Kepada yang tercari-cari homestay di Melaka. Boleh lah cuba menginap disini, harga berpatutan, homestay bersih dan selesa. Ada 3 bilik dan 2 bilik air serta garaj boleh memuatkan 2 biji kereta. 

Hanie
019-6609951
Fairuz 
019-4212782

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

27 Julai 2015

Makan Durian Di Melaka Tropical Fruit Farm

Assalammualaikum 

Al-kisah cerita yang tersebar luas di media sosial mengenai pesta makan durian di Melaka Tropical Fruit Farm yang salah tarikh mengikut poster palsu dan kemudian dengan inisiatif sendiri menalifon MTFF sendiri mengenai hal tersebut. Rujuk artikel ni Pesta Makan Durian. Thanks pada blogger miemy thalia yang mai khabaq kat cek tu pasal perkara itew. 

Biarlah gambar berbicara....cewah


Masuk RM10/kepala selama sejam dan anda boleh makan sepuas-puasnya sampai lebam atau sampai mak kau bertukau jadik ijau. hehehehe... gurau je ye... tapi memang syok la kan pergi dengan family dan pakcik makcik dan sepupu sepapat, memang seronok. Satu meja kami yang punya. Nak jadikkan cerita yang menjadikkannya lagi best sebab kami dapat baucer, so alhamdulillah kami masuk FREE la.... Jangan jeles yek. 

Si gagah bodyguard kecik saya Abg Haq tak sentuh seulas pun, sebab dia ikut ayahnya yang kureng sikit makan durian ni. Tapi pewaris generasi pelahap durian iaitu si comel cerdik buah hati saya Ilman makan 6 ulas setelah berdalih-dalih dengan mama. Kalau ikutkan nak bagi 3 ulas je tapi Ilman nak lagi, terpaksa bagi, itu kalau ayah tau comfirm mama kene marah. So kita buat diam je.


Macam-macam aktiviti yang ada selain makan durian contohnya kuiz teka berat buah durian, lepastu kalau betul atau yang terhampir akan dapat hamper. Selain itu, Melaka Tropical Fruit Farm juga ada menyediakan bas (yang tak da tingkap) bagi membolehkan para pengunjung melawat di sekitar kawasan ini. Kita boleh tengok lembu, kambing, burung unta dan ada arnab. Satu pusingan RM2/Kepala. Memang murah dan berbaloi. 

Bagi pendapat insan biasa ini, tempat ni ada potensi yang tinggi untuk lebih membangun, lebih dikenali dan mampu menarik lebih ramai pengunjung dari luar dan dalam Negeri Melaka. Tetapi mereka haruslah mengusahakan tempat ini dengan lebih elok lagi, Pokok-pokok perlu dibaja, disiram dan dirapikan. Pokok mati haruslah diganti dengan yang baru, kebersihan kawasan sekitar haruslah dititikberatkan. Sewaktu menaiki bas melawat sekitar tempat ni dalam hati berkata 'Ya Allah, ruginya...Kita ada tanah, ada kawasan, kenapa ianya tidak diusahakan dengan sebaiknya. Janganlah seperti melepaskan batuk ditangga, seperti kata orang-orang lama 'asalkan ada jangan tidak'. 

Waduh, pandai pula saya mengomen. Masa sangat mencemburui saya, jadi saya berhenti setakat ini sahaja. Nantikan celotoh di next entry k. wasalam. 

D'pinang Homestay Melaka kawasan berhampiran Pantai Klebang dan Pantai Puteri. Berminat sila hubungi saya di 019-6609951/019-4212782 (SMS/CALL/WHATSAPP) untuk maklumat lanjut. 


  

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

13 Julai 2015

Alhamdulillah, Rezeki Hari Raya

Assalammualaikum dan selamat pagi 

Selamat berpuasa semua. Harini cuaca redup je, adakah malam tadi malam lailatulqadar? wallahualam. Hanya allah je yang tahu. Setulusnya saya rasa masih jauh lagi untuk saya merasa nikmat itu, tapi sering berdoa agar saya dapat menikmatinya suatu hari nanti InsyaAllah. Amin.


Harini nak khabarkan kepada semua D'pinang homestay fully booked on 19 - 21 Julai 2015 & 1 st Raya. Alhamdulillah.

Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk bermalam di D'pinanghomestay pada hari-hari yang lain, masih kosong lagi. 

Boleh hubungi Hanie/Fairuz untuk tempahan.
Hanie 019-6609951
Fairuz 012-7454751


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

27 Mei 2015

Daftar Astro NJOI, Melaka

Sebelum ni tetamu yang menyewa di D'pinang Homestay ni, mesti sakit mata tengok TV berpasir-pasir, kejap ok kejap idak, kelam-kelam, suram-suram tapi lepas ni dah boleh selesa mata anda nak tengok TV. 

Alhamdulillah, berkat orang sewa-sewa homestay ni, duit tu kami gunakan untuk memper'elok'kan lagi mahligai kami ini supaya mereka yang duduk disini berasa selesa. Itu lah matlamat kami sebenarnya, nak bagi tetamu kami berasa selesa seperti berada di rumah sendiri.  

Sebelum ni saya pun blur-blur juga pasal Astro NJOI ni kan, sebab tak ramai yang pasang. Sekitar rumah saya pun semua guna Astro, NJOI takda lagi. Al-kisah lepas pergi pasaraya Angee di Pandan Malim ternampak poster NJOI di kedai Astro berhadapan pasaraya Angee tu. Masa tu lom ada rezeki lagi nak pasang, so cuci mata tengok poster je lah.  Bila en. suami beri green light suruh survey NJOI, berdesup saya terus berkunjung ke kedai Astro di Pandan Malim ni. 


Astro NJOI ni merupakan siaran satelit TV percuma daripada Astro. NJOI ni tiada yuran bulanan, tiada yuran tahunan, tiada bil, tiada kontrak. Astro NJOI ni menyediakan 25 saluran TV dan 20 saluran radio. 

Harga daftar RM263 + kos pemasangan RM100 sahaja.  Bila dah daftar kita akan diberi 1 unit dekoder NJOI, 1 remote, 1 piring satelit, 1 kad pintar dan wayer-wayer. Kiranya RM363 tu sampai kita duduk dan tengok TV je.

Kualiti gambar macam Astro juga, cantik, clear, bersih. Saya memang berpuas hati bila pasang Astro NJOI ni. Akhir kata saya sarankan para pemilik homestay untuk pasang NJOI bagi mendapat kualiti gambar yang terbaik dan tiada bayaran bulanan/tahunan. Free jew. 

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

26 Mei 2015

Search Dpinang Homestay Melaka Dalam Google Map

Alhamdulillah projek menandakan D'pinang Homestay Melaka dalam google map terlaksana juga. Tapi oleh sebab D'pinang Homestay Melaka ini baru je dalam arena google map, apabila anda nak search 'dpinang homestay melaka' anda takkan jumpa, google akan tunjuk arah ke pinang. hahahaha.. Baru lagi maka en.google sombong, tak kenal kita. Oleh itu, anda disarankan search Pantai Klebang dan anda bolehlah explore kawasan lingkungan 200m sekitarnya atau nak dekat lagi search 'Batang 3 Melaka'. Bila search Batang 3 Melaka, anda akan jumpa gambar seperti dibawah ini.

Sila klik gambar untuk lebih jelas
Batang 3 Melaka, dalam google map akan bertanda merah di jalan Nirwana 6, maka akan termuncullah D'pinang Homestay Melaka disekitar kawasan tersebut. Mudah kan. apa lagi meh datang sini. hahahaha
Tips menarik : Kalau dalam google map, dari semua tempat kecuali Johor, google akan exit di plaza tol Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. Kalau anda nak jimat masa saya sarankan anda exit lah di plaza tol Ayer Keroh sebab laluan dari plaza tol Simpat Empat nak menyampaikan ke Bandar Melaka punya banyak giler trafik light. Saranan je hehehe
Sekian sahaja setakat ini, jumpa lagi. wasalam

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

25 Mei 2015

Pesta Makan Durian Di Melaka Tropical Fruit Farm 24-26 Julai 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Melaka Tropical Fruit Farm yang terletak di Sungai Udang, Melaka akan mengadakan pesta makan durian dan jualan 1 Malaysia. Wow!!! Gempak kan. Teruja pula rasanya nak menjejak kaki ke sana, nak makan durian puas-puas. Itupun kalau en.suami bagilah sebab en. suami tak makan sangat durian. So bini dia ni kalau mulut bau durian pun die bising. hahahaha

Di bawah ini adalah poster palsu, saya telah call pihak Melaka Tropical Fruit Farm dan mereka memaklumkan bahawa poster ini palsu. Mereka akan adakan pesta ini pada 24-26 Julai 2015.

Kepada orang-orang Melaka jom beramai-ramai datang ke sini ye. Bagi mereka di luar Melaka pun, alang-alang cuti sekolah ni, tak tahu nak bawa anak dan keluarga ke mana kan, jom lah datang ke Melaka, banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi. Jangan lupa singgah seketika kat sini, bukan sahaja ada durian, malah pelbagai buah-buahan tempatan yang lain pun ada juga. Masuk ada bayaran tapi saya tak pasti harga nya. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web ini. http://melakatropicalfruitfarm.blogspot.com

Itu sahaja daripada saya setakat ini. Sekiranya ada event lain di sekitar D'pinang Homestay ini, saya akan update dari semasa ke semasa. Sekian, wasalam. 

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

21 Mei 2015

Santai di Pantai Klebang, Melaka

Apa yang menarik kat Melaka ni ek? Siapa ada tertanya-tanya begitu angkat tangan, hahahaha. Okey lah, saya dengan hati yang tulus ikhlas amat mengesyorkan supaya anda semua datang ke Pantai Klebang, Melaka. Suasananya sangat best, saya suka bila angin sepoi-sepoi bahasa, saya suka menikmati keindahan lautan dan awan biru. Ya Allah indah sungguh ciptaan mu, Alhamdulillah nikmat mata dikurniakan supaya dapat bersyukur menikmati ciptaanMu Ya Allah. 

Jadi kalau tak percaya, jom layan gambar saya dan keluarga. Boleh hilang stress weii.. 






Selain kita boleh menikmati keindahan Pantai Klebang ini, ada juga aktiviti lain yang boleh dijalankan disini contohnya main layang-layang, naik kuda, main ATV (moto roda 3), anak-anak pula boleh mandi dekat air pancut ditengah-tengah Dataran 1 Malaysia. Memang best la, saya bagi 5 bintang untuk tempat yang wajib dikunjungi dengan anak-anak dan keluarga. 

Pantai Klebang ni juga tak jauh dari D'pinang Homestay!!!!
Okey la sekian sahaja, nantikan update seterusnya untuk tempat menarik yang wajib dikunjungi di Melaka ini. wasalam. 
Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

12 Mei 2015

Melaka Sprint Race 2015 Round 1 di Dataran 1 Malaysia, Klebang

Jom orang-orang Melaka mahupun yang ingin berkunjung ke Melaka. Mari memeriahkan Melaka Sprint Race 2015 Round 1 yang akan diadakan pada 15 dan 16 May 2015 ini. Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan. 


Selain itu, para pengunjung boleh bersantai di Pantai Klebang sambil menikmati angin laut serta makan-makan di gerai persisiran pantai tersebut.   

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

08 Mei 2015

Keunikan Restoran Bisik-Bisik Melaka

Al-kisah saya bersama suami diberi kesempatan untuk singgah di Restoran Bisik-Bisik yang terletak di Taman Krubong Perdana, Melaka. Senang je nak cari Restoran Bisik-Bisik ni sebab terletak ditepi jalan, barisan hadapan Taman Krubong Perdana.



Restoran Bisik-Bisik ni terkenal dengan menu Mee Bandung Udang Galah dan Char Kueh Tiaw. Tapi saya tak makan lah Mee Bandung Udang Galah. Saya bagi 3 bintang dari segi kelazatan mee bandung muar di Restoran Bisik-Bisik ini. Kalau lagi pedas sikit lagi ummpp.. Orang Melaka kan suka pedas. Harga makanan dikedai ini munasabah tapi yang rare sikit memanglah mahal seperti Mee Bandung Udang Galah berharga RM29.90. Bersesuaian dengan udang galahnya yang besar.


Yeahhh, Ilman sayang in da house. Kawasan dalam kedai bersih dan dinding merah menarik perhatian pengunjung.



Okeh sekian sahaja, jjcm kali ini. Sekian, wasalam. 


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

07 Mei 2015

Peti Ais baru D'pinang homestay

Alhamdulillah syukur kepada allah yang memberi rezeki kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah, dapat juga kami beli peti ais baru untuk diletakkan di D'pinang Homestay ni. Kalau sebelum ni memang tak da peti ais pun, tak cukup bajet la katakan. Tapi tu la, kumpul-kumpul dapat la sikit duit, itu pun kami beli peti ais second hand. Kondisi peti ais ni masih elok, sejuk cuma luaran nampak sedikit buruk. Rasanya tak da masalah pun, saya akan tukar wajah baru dengan beli wall paper, mesti nampak kelasss... hehehe


Al-kisah pencarian peti ais ni. Kata kuncinya murah dan elok serta 2 pintu. Sebab tuan rumah malas nak defross freezer nya itu. 2 hari suntuk En.suami mencari peti ais second hand sekitar Melaka. Dengan menaiki motorsikal (malas nak tempuh jem dan nak cepat) En.suami cari sekitar Cheng, Malim, Durian Tunggal, Bukit Rambai, Tanjung Minyak, Peringgit, Bandar Melaka, Bukit Baru, Bukit Piatu, memang abis putau Melaka ni, akhirnya jumpa dekat Masjid Tanah. Alhamdulillah allah permudahkan urusan En.suami. Transport nak bawa balik peti ais adalah sendiri, jadi minta tolong ayah naik atas isuzu terus ke D'pinang Homestay. 

Itulah kisah bagaimana adanya peti ais di homestay kami. InsyaAllah selepas ni ada rezeki kami nak pasang NJOI. Sebab tv memang tak berapa clear sangat. Tapi tv kami boleh cucuk pendrive kot-kot sesiapa nak tengok movie ker, boleh la. InsyaAllah, doa-doa kan kami supaya murah rezeki nak pasang NJOI tau. amin. Sekian. wasalam.
Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

06 Mei 2015

Goreng pisang cheese Pantai Klebang

Goreng pisang cheese Kat Pantai Klebang memang terbaik. Sedap, rangup, pisang tak keras, memang ikut selera saya. Sebungkus ni RM5.00 sahaja. Saya perhatikan ada beberapa stall pisang goreng cheese kat sini, jadi anda-anda yang tak tahu mana nak pilih, sila try n error lah ye. Nasib baik stall yang saya pilih tu memang sedap, kat tepi jalan besar tu je. Kalau dari dpinang homestay jaraknya 1.2km je, jalan kaki pun boleh. 


d'pinang homestay RM200/night
Fairuz 012-7454751
Hanie 019-6609951

Jom jalan-jalan di melaka, wink wink :)

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

05 Mei 2015

Garaj dpinang homestay muat 2 buah kereta

Alhamdulillah, cuti hari pekerja dan hari wesak yang bersambung haritu membawa keberkatan kepada homestay kami. Homestay yang ada di Taman Pinang Impian ada 7 buah rumah. Ketujuh-tujuh rumah full book, memang terbaik lah. Sampai terlebih-terlebih guest, terpaksa tolak. Saya dan suami amat-amat bersyukur, semoga ini adalah permulaan yang baik bagi saya dan keluarga. 


Okeh, berbalik kepada tajuk asal. Ini adalah gambar kereta guest kami dari Raub, Pahang. (Check in 1/5/2015) Total 3 buah kereta, garaj muat 2, sebuah kereta lagi terpaksa duduk luar ye. Kami sebenarnya tak pernah cuba masukkan 2  kereta, agak-agak je boleh muat kot dua, rupanya memang muat. Alhamdulillah, lepas ni dengan comfiden boleh cakap 'muat 2 buah kereta".

Kepada yang berminat untuk menyewa dpinang homestay boleh hubungi 
Fairuz : 012-7454751/019-4212782
Hanie : 019-6609951

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

22 April 2015

D'pinang homestay, sewa di hari biasa kini dapat sambutan

Sebenarnyakan, saya tak tahu nak tulis tajuk apa untuk entry ni tau, tak pe la, layan kan aje ler yek.

Alhamdulillah kami dah mula dapat penyewa homestay pada hari biasa(weekday). Susah nak dapat tau sebab biasanya hari minggu atau hari cuti tapi ni pada hari bekerja, tuan rumah layan kan aja. Alhamdulillah rezeki tu.



Mereka dari Negeri Sembilan sebanyak 4 buah kereta. Waaa.. ramai kan. Mereka masuk pada hari Isnin 20 April 2015 dan ini adalah pertama kali penyewa check in pukul 11.30 malam. Tak ke dasyat tu, nak dijadikan cerita siapa nak g hantar kunci tu, dengan cadar masih guna cadar basahan, dengan buaian baby dan waker masih dalam bilik no. 3, pening gak. Nasib la hujung minggu dah menyapu dan kemas rumah. Anak-anak dah tidur, en.suami kerja. Akhirnya, ting!!! Dapat satu idea, call adik, memang rezeki, adik tak kerja. Jadi dari Bukit Beruang adik balik rumah di Pulau Gadong ambik kunci dan terus ke d'pinang homestay iaitu di Taman Pinang Impian.

mereka guna dapur, minyak tinggal sikit tu malas nak bawa balik ye.

Saya minta tolong adik untuk masukkan buaian dan barang -barang lain dalam stor dan tunggu penyewa sampai. Mula-mula kata pukul 10.00malam sampai  tapi akhirnya mereka sampai pukul11.30 malam, tak kisah la asalkan mereka selamat sampai. Dengan berat hati saya pesan kat en.suami cakap kat penyewa tu cadar kami tak sempat tukar dan kalau nak tukar cadar bersih ada dalam bakul, selimut pun ambil dalam bakul

sedang mengemas


Apa yang dimaksudkan dengan cadar basahan? Cewah.. Cadar basahan tu bersih juga cuma cadar lama, nipis, bila takda penyewa saya akan pakaikan tilam dan bantal dengan cadar basahan, bila kata ada penyewa (biasa check in pukul 2.00 p.m) pagi2 saya akan kemas rumah dan tukar cadar lain, yang cantik sikit la. Baru ada berseri dan semangat orang nak tidur kan. Hihihi. Mereka masuk pukul 11.30 malam dan check out pukul 10 malam (21 April 2015). Punya baik tuan rumah ni kan. Bagi check out memalam buta. Hihihi. Tak kisah la, asalkan mereka selesa. Lagipun takda orang booking lagi rumah.

Oleh itu, kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyewa di d'pinang homestay yang berpengkalan di Klebang, Melaka. Boleh hubungi kami segera. Untuk booking rm50 (akan dikembalikan) , Walk in (terjah) tidak perlu duit booking.

FAIRUZ 012-7454751
HANIE 019-6609951



Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

16 April 2015

3 Kemudahan Yang BEST di D'pinang Homestay

D'pinang homestay ini mesra pengguna. Kami ada menyediakan beberapa kemudahan untuk penyewa supaya rasa selesa dan seperti berada dirumah sendiri. 

Antara kemudahan yang disediakan antaranya adalah 

1. Mesin basuh automatik dan ampai yang besar berserta hanger yang banyak supaya memudahkan penyewa untuk menjemur baju (sabun dan pewangi bawa sendiri).

2. Peralatan memasak seperti dapur, kuali, lesung batu, pisau, rice cooker, sudip, senduk, pinggan, cawan dan sebagainya. Bak kata pepatah senang nak masak lah kalau dah bercuti reramai tu kan jimat duit. 

3. Buaian bayi & basin mandian bayi sekiranya pelanggan mahukan, dan ianya PERCUMA. Apa yang anda perlu buat adalah request sahaja!!!!



Setakat ini 3 kemudahan itu sahaja yang ingin saya war-warkan. Jadi sekiranya berminat boleh booking terlebih dahulu dengan tuan punya rumah iaitu : 

FAIRUZ 012-7454751
HANIE 019-6609951

Harga boleh rujuk sini --> HARGA SEWA UNTUK SATU MALAM
Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

01 April 2015

Iklan Dpinang homestay telah masuk ke mudah.my

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan masa untuk mengodek-godek mudah.my ni, pening juga nak buat, ye lah first time, banyak la benda yang nak kene buat.

 First, kita kene login dulu, daftarkan nama, email dan segala butiran, selepas itu baru kita boleh klik ke FREE POST AD. Kalau jual rumah atau kereta untuk iklan kat mudah.my kene bayar, saya tak berapa pasti berapa harganya tapi kalau untuk iklankan homestay ianya PERCUMA. Bestkan, hihihi. 

Ini lah rupanya, nak cepat punya pasal, saya terletakkan gambar yang ada mop tu, Ya Allah macam mana la boleh jadi macam ni yek, grrrrrr.... 

Lepas dah post gambar, means iklan kita tu masuk dalam laman web mudah.my, iklan tersebut kita boleh edit tapi kene bayar, adehhh, dah la tak kuasa aku nak membayau, biar la cenggitu je. 


Maklumat lanjut boleh hubungi Fairuz 012-7454751 atau Hanie 019-6609951 untuk sebarang pertanyaan, atau nak booking ataupun nak tau cara iklan dekat mudah.my segera-segaralah hubungi saya k. 

Tapi kalau nak tau cara nak iklan kat mudah.my tu boleh hubungi saya je, suami tak tahu caranya. Kureng sikit bab-bab komputer ni. hihihi. ok wasalam. 



Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

10 Februari 2015

Instagram d'pinang homestay

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat masa ini saya menggunakan instagram personal saya untuk iklankan d'pinang homestay' saya ni sebab rasanya kalau banyak sangat takut tak ter'update' pula, lagipun baru lagi kan dalam 'menghomestaykan' rumah, ayat apa kau pakai ni hanie. xtau lah.hihihi



Gambar poyo's dak hanie. Jom follow 'Emy Ilhamie'

Berminat untuk stay di d'pinang homestay ini, boleh lah hubungi saya di 019-6609951 atau suami, fairuz 012-7454751. Untuk booking kami letak RM50.00 sekiranya anda membatalkan booking tersebut maka akan ter'burn lah duit tersebut. 

Berhampiran rumah kami ada 3 lagi homestay, jadi kalau yang inginkan banyak rumah boleh terus hubungi kami k.. kami akan bantu untuk uruskan lagi 3 rumah itu tanpa cas. Hanya membantu sahaja, niat kerana ALLAH.

D'pinang homestay terletak di Taman Pinang Impian, mukim tak tahu tapi berhampiran dengan Giant Klebang, Pantai Klebang dan Pantai puteri serta Cendol Bakar Melaka. 

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

03 Februari 2015

Pemain bola sepak kanak-kanak duduk homestay di Taman Pinang Impian

Alhamdulillah baru-baru ni kami menerima kunjungan daripada  orang Kluang, Johor. Mereka adalah pemain bola sepak kanak-kanak yang sedang dalam  latihan bola sepak yang diadakan di Dataran Satu Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.

Oleh kerana kawasan perumahan Taman Pinang Impian ini berdekatan dengan Pantai Klebang, coach pun mencari-cari homestay untuk tidur berikutan program keesokkan harinya bermula jam 7 pagi.

Gambar hiasan semata-mata dari Akhbar Kosmo

Al-kisah kami sedang me'loding meja makan untuk homestay kami, datang seorang pakcik kata "Saya tengah cari homestay, dah jumpa 2 tapi nak lagi 2".. Ayah saya pun bersuara " rumah ni pun bakal jadi homestay tapi belum complete lah, dapur dan peti ais belum ada lagi" Orang tu menyambung "eh, xpe2 kami nak tidur je, memang tak gunakan dapur. " ayah pun berkata" ooo.. kalau macam tu bagi kami kemas dulu lepas tu awak boleh lah masuk"..  Orang itu berlalu dan terlihat dari jauh kanak-kanak berkejaran dihadapan taman tersebut. (Ayat nak macam novel kan, hihihi)

Jadi kesimpulannya sekiranya anda mencari-cari homestay di kawasan Bandar Melaka, Pantai Klebang, Pantai Puteri atau mencari homestay dalam kuantiti yang banyak (3,4 buah rumah) bolehlah datang ke Taman Pinang Impian atau hubungi suami saya Fairuz 012- 7454751 atau saya, Hanie 019-6609951 untuk maklumat lanjut.

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

13 Januari 2015

Homestay selesa, bersih dan murah di Melaka

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sesiapa yang sedang mencari homestay di Melaka, yang mencari tempat penginapan yang selesa, bersih di Melaka dan yang paling penting pastinya nak yang murah dan berbaloi kan. Alhamdulillah pada pendapat saya dpinanghomestay dapat memenuhi kehendak dan keperluan anda! Mari lah cuba try test pasti tidak mengecewakan anda semua. 

Harga promosi termurah yang ditawarkan di awal-awal pembukaan rumah kami. Berapa sewa satu malam yek??? emmm.. Yang pastinya MURAH tau.


Nak bagitau ke nak wasap je. hihihi. ok lah, murah tau ni. RM150/night (Promosi). Murahkan homestay ni, Best kan. Murah bersih dan selesa malah terletak di pusat bandar Melaka, iaitu Pantai Klebang dan Pantai Puteri, dpinanghomestay berada ditengah-tengah. 

Berminat untuk tahu detail boleh SMS, WhatApps 019-6609951 atau email saya di emy_2912@yahoo.com.my

Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

D'Pinang Homestay Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign