Keunikan Restoran Bisik-Bisik Melaka

Al-kisah saya bersama suami diberi kesempatan untuk singgah di Restoran Bisik-Bisik yang terletak di Taman Krubong Perdana, Melaka. Senang je nak cari Restoran Bisik-Bisik ni sebab terletak ditepi jalan, barisan hadapan Taman Krubong Perdana.



Restoran Bisik-Bisik ni terkenal dengan menu Mee Bandung Udang Galah dan Char Kueh Tiaw. Tapi saya tak makan lah Mee Bandung Udang Galah. Saya bagi 3 bintang dari segi kelazatan mee bandung muar di Restoran Bisik-Bisik ini. Kalau lagi pedas sikit lagi ummpp.. Orang Melaka kan suka pedas. Harga makanan dikedai ini munasabah tapi yang rare sikit memanglah mahal seperti Mee Bandung Udang Galah berharga RM29.90. Bersesuaian dengan udang galahnya yang besar.


Yeahhh, Ilman sayang in da house. Kawasan dalam kedai bersih dan dinding merah menarik perhatian pengunjung.



Okeh sekian sahaja, jjcm kali ini. Sekian, wasalam. 

Ulasan

  1. selalu jugak dengar orang sembang pasal restoran ni
    nak pergi tapi tengah diet T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau orang diet boleh ambik bau jew.. hihihi

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular