SELAMAT DATANG KE D'PINANG HOMESTAY, KLEBANG MELAKA: 2016

29 November 2016

Cuti Sekolah Hujung Tahun

Assalammualaikum dan selamat petang.

Cuti sekolah bakal tiba, budak sekolah lah yang paling gembira sekali. Mak pak pening kepala anak-anak asyik tanya bila nak pergi jalan ye. Kalau anda sekarang tengah rancang untuk jalan-jalan. Nak jimat boleh sewa homestay. Boleh kongsi-kongsi. Biasanya kadar harga homestay ni lagi murah berbanding hotel. Ada homestay menyediakan kelengkapan sama seperti di rumah begitu juga dpinang homestay. Ada dapur gas kuali periuk mesin basuh, kan dah jimat, beli barang mentah kemudian masak di homestay.


Kalau berminat boleh hubungi saya k. 019-6609951/012-7454751
Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

09 September 2016

Owning Baru D'pinang Homestay

Assalammualaikum dan selamat petang.

Aisyyy.. sekarang ni dah masuk musim hujan. Selalu je bumi melaka ni dibasahi hujan. Alhamdulillah.. hujan rahmat namanya. Bunga-bunga yang semakin layu kini kembali segar. Yang nak mati pun cancel. hehehe. Itu namanya tuan punya rumah malas nak siram bunga.. madang tak sempat jek. orang lain pun kerja juga... ngomel bunga-bunga dikeliling rumahku. Melalut dah budak sorang ni. eh..mak budak. 

"Aku ni kalau menaip memang syok sendiri ye" 

Lari tajuk rasanya. Nak cerita D'pinang Homestay dah pasang owning baru. Alhamdulillah siap juga akhirnya. Redup sikit la tetamu nak paking kereta nanti. 

Meh belanja sikit gambar owning. Kami dapat murah tau. Rm2.5k sahaja. 



Kalau berminat nak booking boleh hubungi saya.
019-6609951
012-7454751
k la, nanti sambung lagi menceceh...wasalam


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

23 Ogos 2016

Jom stay di D'pinang Homestay


Assalammualaikum dan selamat petang

Ya Allah, nak pikir tajuk pun sikit punya lama, al-maklumlah dah lama tak asah bakat menulis. Ni pun curi-curi bukak web sekejap.

Untuk makluman pakcik makcik adik kakak, d'pinang homestay beroperasi seperti biasa ye. alhamdulillah tempahan untuk sewa di d'pinang homestay amat memberangsangkan. syukur sangat-sangat.

hari merdeka tak lama lagi, so sesiapa yang mencari homestay di Melaka bolehlah cuba try test d'pinang Homestay. InsyaAllah berbaloi.




Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

22 Mac 2016

Tarikh tempahan D'pinang Homestay 29/4/2016-1/5/2016

Assalammualaikum dan selamat petang.

Aisyyy.. bersawang plak rasa blog ni kan. hehehe.. Dah lama tak update tarikh orang booking di d'pinang Homestay. Alhamdulillah dari masa ke semasa ada je yang sudi menginap di homestay kami. Tak putus-putus rezeki Allah bagi. Syukur sangat.



Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

31 Januari 2016

Tempahan Untuk Tahun Baru Cina Dibuka

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Untuk makluman semua, tempahan untuk dpinang homestay bagi tahun baru cina dibuka semula iaitu bermula dari 7 februari 2016 dan seterusnya. Ini berikutan pembatalan yang dibuat oleh guest yang booking sebelum ini. Oleh itu, sesiapa yang berminat boleh menghubungi 019-6609951 untuk tempahan atau maklumat lanjut.

Dpinang homestay sesuai untuk 6 orang dewasa kerana kami menyediakan 3 bilik iaitu
🐤 Katil kelamin di bilik master
🐤 2 katil bujanh di bilik kedua
🐤 Katil double decker atas kecil bawah besar di bilik ketiga.

Kesemua bilik mempunyai kipas sahaja termasuk dua diruang tamu dan satu diruang makan menjadikannya total 6 buah kipas.

Harga untuk Tahun Baru Cina ini adalah rm200/malam dan perlulah membuat tempahan awal dengan membayar deposit rm50/malam. Baki bayaran hendaklah dibuat semasa check in.

Notakaki : Sekiranya pembatalan tempahan maka duit deposit tersebut tidak akan dikembalikan.

Sekian, wasalam.


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

25 Januari 2016

Homestay penuh dikala perayaan Tahun Baru Cina

Assalammualaikum dan selamat petang

D'pinang Homestay Klebang, Melaka telah di booking oleh guest dari 6 - 7 dan dari 7 - 9 Februari 2016. Hari-hari yang lain masih kosong. Sekiranya anda berminat boleh hubungi 019-6609951 atau 012-7454751. Lebih mudah sekiranya kita berurusan melalui whatsapp yek sebab boleh hantar gambar, boleh send location dan sebagainya. Tapi kalau nak call atau sms pun boleh juga.



Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

07 Januari 2016

FESTIVAL AJL KE 30 DI DATARAN 1 MALAYSIA, KLEBANG MELAKA

Assalammualaikum dan selamat petang. 

Harini nak kasi tau kepada semua peminat AJL yang nak jumpa retis kesayangan mereka boleh lah datang ke Dataran 1 Malaysia kat Klebang ni pada 9 Jan 2016 ye, sambil menikmati pemandangan tepi laut kita dengar music. lalalala


Di khabarkan bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada 12 tengah malam. Jadi kalau anda berkelapangan, tak tahu nak buat apa kat rumah, marilah ke sini yek.

Kalau nak lagi best, taknak tempuh jem berejam-rejam, bolehlah menginap di D'pinang Homestay... jalan kaki je tau. kelas kan. Berminat??? boleh hubungi saya untuk tempahan. Masih kosong lagi tau setakat ni. 




Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

05 Januari 2016

Tempat makan menarik di Melaka

Assalammualaikum dan selamat petang.

Harini saya nak kongsikan ada 2 gambar yang menjadi viral di facebook mengenai tempat makan menarik di Melaka. 



Inilah senarainya, saya xtau siapa penulisnya, jadi xdapat nak bagi kerdit, minta halal ye.

 Maka kalau mereka yang datang ke Melaka, tertanya-tanya tempat mana nak makan, boleh lah cuba. (pst.. saya orang melaka pun ada tempat makan di dalam senarai kat atas tu yang saya belum pergi).  Apa-apa pun nanti kita cuba ya. Untuk pengetahuan semua banyak lagi tempat makan menarik contohnya Young TauFu yang terletak di jalan Pulau Gadong, memang lain daripada yang lain, kuah sup bersama sambal merah, memang sedap, saya bagi 5 bintang. hehehe. Nanti cuba tau. jangan tak cuba (^_^) 



Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

D'Pinang Homestay Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign