SELAMAT DATANG KE D'PINANG HOMESTAY, KLEBANG MELAKA: 2017

13 Mac 2017

Sewa rumah di Kawasan Klebang, Melaka

Assalammualaikum dan selamat pagi

Rumah ingin disewa

RUMAH TERES 3 BILIK DAN GARAJ BOLEH MASUK 2 BUAH KERETA

Harga RM800/bulan (kontrak selama 12 bulan iaitu setahun. Boleh sambung kontrak ikut keperluan semasa tuan rumah). 

Lokasi rumah sewa adalah D'pinang Homestay Melaka

Syarat-syarat penyewa : 
1. Beragama Islam
2. Berkeluarga (diutamakan), 
3. Sekiranya bujang (6 orang sahaja dibenarkan)
4. Orang yang pandai menjaga rumah
5. Pembersih
6. Tidak dibenarkan membuat perniagaan dirumah ini. 
7. Tidak boleh membuat sebarang penambahan/perubahan pada rumah tanpa keizinan tuan rumah. 
8. Sebarang ketukan adalah tidak dibenarkan.

Rumah yang ingin disewakan adalah tanpa perabut kecuali kipas dan lampu. Rumah tersebut merupakan teres 4 bilik namun bilik ke empat saya tutup sebagai stor untuk menyimpan barang. Penyewa perlulah memberi keizinan apabila saya mahu ambil barang. 

Sekiranya berminat boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

Hanie  019-6609951


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

03 Februari 2017

Astro Njoi

Assalammualaikum.

hai semua pembaca (emmm..ada ke pembaca, syok sendiri ler aku ni).

Untuk makluman saya bukan lah dealer untuk pemasangan Astro Njoi. Saya hanyalah pengguna biasa yang mendaftar Astro Njoi untuk Dpinang Homestay. Jadi saya meminta maaf atas kekeliruan yang melanda anda semua. Maaf ye.

Sekian, terima kasih. 
Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

02 Februari 2017

Air Panas Jasin

Assalammualaikum

Alhamdulillah saya diberi kesempatan masa untuk bawa anak-anak ke Air Panas Jasin. Sebenar-benarnya saya compius adakah Air Panas Jasin dengan Air Panas Bemban adalah tempat yang sama atau berlainan. Sebab sebelum tempat itew popular kami memggelarnya "Air Panas Bemban". Rupanya memang tempat yang sama.

Sekarang ni Air Panas Jasin lebih banyak permainan. Sebelum ni banyak orang komplen air panas jasin kotor, air berbau dan macam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya ?? Oleh kerana dah janji dengan anak-anak, kami pun pergi la.


Mula-mula sampai saya pergi kebahagian permainan kanak-kanak. Bersih je. Takda la keladak. Di bahagian belon gelongsor pun ok je. Setelah penat bermain belon gelongsor. Saya pergi ke bahagian hot spring. Lalu je memang ade bau. Sesetengah tempat ada yang berlumut. Geli pun ada tapi memang betul kata seorang kawan saya tu, air tu takda klorin, memang ori airnya, jadi memang agak keruh sedikit. Jadi kalau nak buat ubat, pejam mata je la dengan yang lain.

Walaubagaimanapun saya mengharap pihak MPJ menjaga kebersihan tempat Air Panas Jasin ini sebab rugi la dah ada mata air panas kat situ. Jadi kita peliharalah sebaik mungkin. Begitu juga dengan orang ramai. Sama-samalah kita jaga kebersihan ye. 

Harga tiket Air Panas Jasin

Kombo dewasa - RM10.00
Kombo Kanak-kanak  -  RM7.00
Kanak-kanak bawah 90cm - FREE

Nak upload gambar tapi tah hilang kemana gambarnya oi... kalau yang ada Facebook boleh ikuti saya di FB Page D'pinang Homestay, kalau kat instagram hashtag #dpinanghomestay. kat situ banyak gambar. 

Ok lah. nanti saya update lagi blog saya ni. maaf lah bersawang sangat. hehehehe


Hubungi D'pinang Homestay di 019-6609951(SMS/Call/PM/WA) untuk tempahan dan maklumat lanjut

D'Pinang Homestay Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign